Tentang kami
Dsanding Zurayz merupakan anak syarikat kepada Zurayz Bridal yang ditubuhkan sejak tahun 2002 dan bertempat di seksyen 19 Shah Alam. Pemilik Dsanding Zurayz yang dikenali sebagai Ray atau nama sebenarnya Abdul Rahim bin Ali merupakan seorang graduan yang memiliki Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Disebabkan minat yang mendalam dalam bidang perancang perkahwinan, beliau telah meninggalkan kerjayanya di Matsushita Panasonic dan menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan. Pada tahun 1998, beliau pernah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan merekacipta pakaian pengantin anjuran majalah pesona pengantin Karangkraf. Selama lima belas tahun beroperasi, butik Dsanding Zurayz telah mempunyai pelanggan tetap dan telah mendapat banyak tempahan untuk perkahwinan.


The Small Details
Buat masa ini Dsanding Zurayz mempunyai jalinan perniagaan dengan beberapa hotel, restoran dan katerer. Contohnya seperti Intekma Resort & Convention Centre, Kelab Shah Alam dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Prestasi yang baik dan sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan meyakinkan pihak-pihak tersebut untuk mengekalkan hubungan perniagaan dengan Dsanding Zurayz. Contohnya Intekma Resort & Convention Centre telah memilih Dsanding Zurayz sebagai panel dekorasi pelamin dan dewan bankuetnya sejak tahun 2002.